February 9, 2011

5 Perkara yang Mempengaruhi Kecantikan dan Kesihatan Wanita

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:

1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.


Semua di atas dicilok dr..Srikandi Mama..;)

Tidur Siang Penting Bagi Meningkatkan Produktiviti

Semenjak beberapa tahun ini, senaman dan pemakanan banyak dititik beratkan, tetapi ramai yang tidak menyedari tidur yang mencukupi adalah salah satu elemen penting untuk produktiviti. Menurut seorang penyelidik dari Loughborough University, England, tidur yang singkat boleh mengembalikan kesegaran kepada individu yang mengamalkannya. Tidur dalam masa yang singkat (20-30 minit) di waktu tengah hari boleh menghilangkan rasa mengantuk tanpa mengganggu kitaran tidur anda di waktu malam. Jangan salah sangka bahawa tidur yang singkat di waktu siang ini akan menggantikan tidur malam anda yang tidak mencukupi. Tidak sama sekali. Ini bermakna, di samping tidur malam yang mencukupi, tidur siang yang singkat akan membantu meningkatkan produktiviti.

Penemuan para saintis berkenaan tidur yang singkat ini rupa-rupanya telah disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sejak dari dulu lagi. Menurut Rasulullah, tidur sebentar sebelum solat Zuhur adalah amat digalakkan. Walaubagaimana pun, amalan ini tidak ramai yang mengetahuinya dan mungkin tidak dapat diterima dalam masyarakat kita terutamanya yang berkarier. Pihak majikan mungkin akan membuat pelbagai andaian negatif dengan amalan tidur siang ini. Akan ada juga sesetengah pihak yang menggalakkan tidur siang ini di kalangan pekerja dan kemudian menggalakkan kerja sehingga lewat malam. Untuk menjadikan tidur singkat di waktu siang ini realiti, beberapa cadangan boleh diaplikasikan terutamanya bagi yang bekerja.


1) Luangkan masa dan tempat yang sesuai Tidur dalam jangka masa 20-30 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan kesegaran anda. Masa yang paling sesuai ialah waktu tengah hari di mana badan dan otak anda kepenatan dengan aktiviti di sebelah pagi. Pertimbangkan untuk menggunakan separuh dari waktu makan tengah hari anda untuk berehat seketika dengan tidur. Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk anda lelapkan diri. Dalam kereta anda juga mungkin tempat yang sesuai jika anda sudah kehabisan idea.

2) Sediakan keadaan yang sesuaiTutup lampu dan langsir kerana keadaan yang gelap akan menggalakkan otak anda menghasilkan hormon melatonin, hormon yang membantu anda tidur. Pastikan anda selesa dengan suhu persekitaran dan jangan lupa untuk mematikan telefon bimbit anda.

3) Jaga pemakananHindarkan Nescafe, kopi atau sebarang minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur. Elakkan juga makanan bergula tinggi dan berkarbohidrat tinggi. Ambil makanan seperti daging dan kekacang serta susu yang mengandungi tryptophan, dimana ia diproses oleh badan menjadi melatonin, hormon yang membantu anda untuk tidur.


Kebaikan Seks kepada Kesihatan

Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika DIAMALKAN SECARA BETUL. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berKAHWIN. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

1) Mengurangkan Berat Badan – Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3) Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.

4) Meningkatkan Sistem Imunisasi – Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

5) Meningkatkan Kesihatan Mental – Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6) Membantu Melegakan Kesakitan – Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

7) Membantu Pengawalan Pundi Kencing – Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

8 ) Mencantikkan Kulit – Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri SEKS yang disalurkan melalui PERKAHWINAN adalah yang terbaik kerana ia HALAL, melibatkan perasaan kasih sayang yang suci dan akan mendapat PAHALA jika dilakukan dengan IKHLAS. Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang kebiasaannya dialami oleh pihak WANITA. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu….

tips ini diambil dari blog srikandi mama..semoga bermanfaat..;)

Tips menambah kelajuan internet

Caranya sangat mudah..hanya perlu dengan mengubah setting dalam laptop/komputer anda..antaranya dengan cara berikut:

1. Mengubah setting bandwith pada windows (untuk Windows XP/7 sahaja)

Sebenarnya sistem operasi windows (Windows Operating System seperti Windows XP/7) telah membataskan bandwidth pada sambungan internet anda sebanyak 20% daripada jumlah bandwidth maksimum. Jika anda ingin menambah bandwidth internet supaya kelajuannya menjadi lebih cepat dan pantas, anda boleh mengurangkan peratusan penggunaan bandwidth pada sistem operasi windows anda.

Cara-caranya seperti dibawah :

- Klik Start
- Klik Run
- Taip gpedit.msc
- Kemudian klik OK.
- Setelah masuk, dibawah “Computer Configuration”, klik pada “Administrative Templates”.
- Kemudian klik pada “Network”.
- Setelah terbuka, klik pula pada “QoS Packet scheduler”.
- Kemudian klik “Limit Reservable Bandwidth”.
- Dan setelah terbuka, ubah setting menjadi “Enable”.
- Kemudian ubah Bandwidth Limit menjadi “0″.
- Klik “Apply”, dan terus “OK”
- Kemudian keluar dan restart komputer anda

2. Menggunakan browser Google Chrome atau Apple Safari

Versi terbaru dari browser Chrome dan Safari sangat cepat jika dibandingkan dengan Firefox ataupun Internet Explorer. Saranan saya ialah jika kelajuan internet anda terlalu rendah, anda boleh menggunakan Google Chrome sebagai alternatif kerana selain cepat, Chrome lebih selamat dibanding dengan Safari, walau dalam beberapa perkara Safari kadangkala lebih cepat dari Chrome.

Jika anda sudah terbiasa menggunakan Firefox dan tidak mahu beralih ke browser lain, anda boleh menambah Add-on “Adblock” untuk mem-block iklan, gambar dan flash yang aktif. Terdapat beberapa Add-on lagi dari Firefox seperti NoScript yang boleh menambah kelajuan internet anda, namun begitu terlalu banyak menggunakan Add-on boleh juga melambatkan akses internet dari browser Firefox itu sendiri.

3. Membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk anda.

Cara ini terbukti efektif untuk mempercepatkan akses browser. Browser tidak perlu melakukan loading pada gambar setiap kali berkunjung ke laman web yang pernah dikunjungi sebelum ini, kerana jika laman web sudah pernah dikunjungi akan secara automatik di-cache oleh browser. Cara membesarkan cache browser hingga 5% atau 1-2 GB dari kapasiti harddisk hanya berlaku jika kapasiti harddisk anda cukup besar. Pada umumnya ada sesetengah browser yang boleh diset kapasiti cachenya, ada yang telah dikonfigurasi secara automatik. Jika browser anda tidak mempunyai pilihan set cache, ertinya anda jangan sering (atau tidak perlu) clear history di browser.

tips ni saya ambil dari blog AmzaniMokhtar..SELAMAT MENCUBA..:)

February 8, 2011

SEDETIK LEBIH..farhan ku syg..:)

honey..i dedicate lagu ni khas utk u..sempena tahun pcintaan kita yang ke 5 ni..bape bulan je lagi nak genap 6 tahun..banyak pengalaman suka duka yang kita alami bersama..i hope kita akan sntiasa tabah menjalani khidupn yg penuh dugaan..dan bahagia lah kita berdua selamanya..cinta ku hanya untuk mu dan hanya kamu..lot of love..ur true lover..haslizah..;)



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


EDRY ABDUL HALIM

February 4, 2011

Dating dengan yg terchenta..:)

Satu lagi memori tercipta antara kami..
walaupun tak lama..tp..i happy sgt jmpa u..:)
Dpt jln2 ngan u..hepi2 ngan u..suke sgt kt u..i minta maaf tau kalau i ada merajuk ngan u..u jgn rsau tau honey..i nk bmanja je ngan u..sbb u comel sgt mase pujuk i..i geram sangat ngan u..mmuuaahh!!

u..i rindu sgt kat u..walaupun semalam da dapat lepas rindu kt u..tp hari2 tetap rindu tau..u..i thibur sgt smlm..dpt nyanyi2 ngan u..jln2 kt tasik ngan u..mkn donut same2..u manje sgt..u lyn i sgt istimewa..u..i cinta u seumur hidup i..bahagia nya..:)

terima kasih tau u..untuk adiah u utk i ni..suke sgt..u saje je wat i tharu kn..u sgt sweet..:)

cantik kan..? 2 blouse yg comel sgt..:)

ni pun jugak..boxer n spec..sgt comel..:)
thank u hney..u are my sweetheart..mmuuaahh!! xsbr nk pkai nk tunjuk kt u..sbr tau u..nnt i dtg jumpa u..:)