October 29, 2009

Makna Sayang dan Cinta

Baru-baru ini aku tertarik mendengar sebuah lagu cinta ciptaan Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk Tanya sama Hati. Lagu tu sangat menarik kerana setiap bait-bait lirik lagu itu memberikan bayangan dan makna tersendiri. Sungguh indah cinta dan sayang yang digambarkan. Ternyata cinta itu memang wujud sejak kita belum lahir lagi dan yang nyata sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi telah wujud cinta. Di sini aku ada tunjukkan video yang aku maksudkan. Semoga terhibur.


Pada pandangan aku cinta takkan wujud tanpa adanya sayang. Mungkin ada yang berpendapat cinta perlu datang dahulu sebelum sayang tetapi tidak aku. Sayang pada sesuatu akan membuat kita kasih padanya, mengingatkan nya selalu dan lantas mencintainya. Jika sayang tanpa cinta itu mungkin wujud, seperti kepada haiwan mahupun tumbuhan sekeliling. Aku menganggapkan jika aku cinta kepada si dia, bermakna aku telah terlalu sayang padanya, menerima kelemahannya dan kebaikannya dengan sebaik mungkin.

Tetapi..
Apa makna Cinta yang sebenarnya??

Di sini menerangkan apa itu makna sebuah cinta yang selama ini kita ketahui cinta monyet, cinta buta dan sebagainya. Cinta di sini bermaksud, cinta kepada Allah, isteri, kekasih dan sahabat.
  • Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
  • Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
  • Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.
  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
  • Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  • Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
  • Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menimbulkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
  • Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalamnya.
  • Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.
  • Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
  • Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
  • Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantik dan masih tetap peduli padanya.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
  • Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.
  • Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
  • Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
  • Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
  • Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
  • Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Cinta itu bahagia bukan terseksa
Cinta itu indah jika kita pandai menikmatinya..:)

October 28, 2009

11 eleven..

Aku suka nombor 11 sebab nombor 11 ni simple. kalo 1 pn simple jugak kn, tp pada pendapat aku 11 tu melambangkan pasangan. Setiap kejadianNya berpasangan seperti lelaki dan perempuan. Aku start suke nombor ni masa aku form 3. Sebelum tu aku rase aku minat nombor 7 tapi aku tengok terlalu ramai yang minat nombor 7, so aku decide untuk tak terlalu obses pd nombor tu sebab hari lahir aku pn 27 tu yang nak 7. Aku mula gila2 suke no 11 lepas aku jatuh hati ngan seorang lelaki yang juga suka nombor 11. aku mula rase mcm aku begitu banyak persamaan dengan nya. mungkin inilah yang dikatakan jodoh. seolah-olah aku 1 dan dia 1, jika disatukn menjadi nombor yg sgt sempurna..iaitu 11.

Antara persamaan aku dan dia ialah:

  • Anak kedua
  • Pemain Hoki
  • Suka karaoke, memancing, mendengar lagu, tengok wayang
  • Rumah Purnama
  • Tinggal di Batu Pahat
  • Sekolah dan Matriks yang sama
Selama bersamanya, terlalu banyak dugaan yang mendatang..yang menduga hubungan cinta kami..terlalu banyak juga pengorbanan yang dilakukan demi merealisasikan impian cinta kami..seandainya takdir milik kami..satukanlah kami..doakanlah kami..agar bertemu dijinjang pelamin..bersatu dengan akad..dan dikurniakan anak-anak dan seterusnya keluarga yang bahagia..walaupun jarak umur kami yang terlalu sedikit..harapan aku..semoga cinta kami..berkekakalan hingga ke akhir waktu..kerna..hanya aku untukmu..farhan..:)

Kata-kata berbicara

Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
~Pak Habib~

Inilah post pertama yang aku buat untuk menyatakan pendirian aku. Walaupun kata-kata di atas di ambil dari apa yang telah dikatakan oleh seorang pengkritik politik, juga seorang penulis buku terkenal mengenai politik tanah air, tetapi terus terang aku katakan aku sangat kagum dengan pendiririan, pendapat dan pegangan hidupnya. Sedikit sebanyak aku tersentuh dengan apa yang ditulisnya. Syed Hussein Al-attas ataupun nama gelarannya Pak Habib ialah seorang pengkritik yang disegani. Beliau menetap di Janda Baik, Pahang di kediaman yang sangat indah yang diilhamkan dari pemikiran dan imaginasinya sendiri untuk mencipta rumah seperti di syurga dimana terdapat air sungai yang mengalir di bawahnya.


Aku penah menjejakkan kaki ke Taman Hana Wadi Hussien, Janda Baik, Pahang iaitu kediaman Pak Habib sendiri. Kediaman beliau bertemakan Garden Of Hope yang diilhamkan oleh Pak Habib sendiri. Ternyata pemandangan yang tersergam sangat indah dengan bunga-bunga mekar di sekeliling rumah serta burung-burung riang berkicauan mengindahkan lagi pagi kami. Terdapat pelbagai bahan dan pasu-pasu yang antik yand dibeli dan didapati oleh beliau dari luar negara menghiasi halamannya. Selain itu, terdapat dusun buah-buahan miliknya di belakang kediamannya ini yang tertanam buah-buahan tempatan dan unik.

Aku pergi ke teratak Pak Habib ini sewaktu aku berada di tingkatan 4 di sekolah yang aku cintai S.M. Sains Johor. Kami menetap selama 3 hari 2 malam di sini dan apa yang kami perolehi adalah satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tinggal di rumah kayu yang dibina ditepi sungai yang mengalirkan air bersih sentiasa menerujakan kami. Selama 3 hari di sini, peluang untuk mengeratkan lagi ikatan kami sekelas bersama beberapa kawan dari kelas lain tidak disiakan. Begitu bermakna kehadiran kami ke teratak ini.




Selain itu, terdetik kesedaran di hati kami betapa Allah Maha Pencipta yang agung. Yang Maha Bijaksana dengan apa yang kami saksikan sendiri kejadian-Nya memang sungguh menakjubkan. Banyak pemandangan indah yang kami rakamkan dan menjadi memori kami. Segala beban dan tekanan belajar kami terus lenyap saat setibanya kami di kediaman Pak Habib. Memori indah ini takkan dapat aku lupakan seumur hidup dan takkan ada tempat yang serupa seperti kediaman Pak Habib ini yang dapat dijumpai di tempat lain.



Aku ada beberapa keping gambar yang aku sempat ambil semasa berada di Janda Baik, tetapi dalam bentuk hardcopy. So, susahlah nak tunjuk kat sini. Nanti kalau ada kesempatan aku akan scan dan letakkan dalam post ni dan tunjukkan kat korang yang tempat ni sangat-sangat cantik..:)