Penemuan para saintis berkenaan tidur yang singkat ini rupa-rupanya telah disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sejak dari dulu lagi. Menurut Rasulullah, tidur sebentar sebelum solat Zuhur adalah amat digalakkan. Walaubagaimana pun, amalan ini tidak ramai yang mengetahuinya dan mungkin tidak dapat diterima dalam masyarakat kita terutamanya yang berkarier. Pihak majikan mungkin akan membuat pelbagai andaian negatif dengan amalan tidur siang ini. Akan ada juga sesetengah pihak yang menggalakkan tidur siang ini di kalangan pekerja dan kemudian menggalakkan kerja sehingga lewat malam. Untuk menjadikan tidur singkat di waktu siang ini realiti, beberapa cadangan boleh diaplikasikan terutamanya bagi yang bekerja.
1) Luangkan masa dan tempat yang sesuai – Tidur dalam jangka masa 20-30 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan kesegaran anda. Masa yang paling sesuai ialah waktu tengah hari di mana badan dan otak anda kepenatan dengan aktiviti di sebelah pagi. Pertimbangkan untuk menggunakan separuh dari waktu makan tengah hari anda untuk berehat seketika dengan tidur. Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk anda lelapkan diri. Dalam kereta anda juga mungkin tempat yang sesuai jika anda sudah kehabisan idea.
2) Sediakan keadaan yang sesuai – Tutup lampu dan langsir kerana keadaan yang gelap akan menggalakkan otak anda menghasilkan hormon melatonin, hormon yang membantu anda tidur. Pastikan anda selesa dengan suhu persekitaran dan jangan lupa untuk mematikan telefon bimbit anda.
3) Jaga pemakanan – Hindarkan Nescafe, kopi atau sebarang minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur. Elakkan juga makanan bergula tinggi dan berkarbohidrat tinggi. Ambil makanan seperti daging dan kekacang serta susu yang mengandungi tryptophan, dimana ia diproses oleh badan menjadi melatonin, hormon yang membantu anda untuk tidur.

No comments:
Post a Comment