Showing posts with label Janda baik. Show all posts
Showing posts with label Janda baik. Show all posts

October 28, 2009

Kata-kata berbicara

Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
~Pak Habib~

Inilah post pertama yang aku buat untuk menyatakan pendirian aku. Walaupun kata-kata di atas di ambil dari apa yang telah dikatakan oleh seorang pengkritik politik, juga seorang penulis buku terkenal mengenai politik tanah air, tetapi terus terang aku katakan aku sangat kagum dengan pendiririan, pendapat dan pegangan hidupnya. Sedikit sebanyak aku tersentuh dengan apa yang ditulisnya. Syed Hussein Al-attas ataupun nama gelarannya Pak Habib ialah seorang pengkritik yang disegani. Beliau menetap di Janda Baik, Pahang di kediaman yang sangat indah yang diilhamkan dari pemikiran dan imaginasinya sendiri untuk mencipta rumah seperti di syurga dimana terdapat air sungai yang mengalir di bawahnya.


Aku penah menjejakkan kaki ke Taman Hana Wadi Hussien, Janda Baik, Pahang iaitu kediaman Pak Habib sendiri. Kediaman beliau bertemakan Garden Of Hope yang diilhamkan oleh Pak Habib sendiri. Ternyata pemandangan yang tersergam sangat indah dengan bunga-bunga mekar di sekeliling rumah serta burung-burung riang berkicauan mengindahkan lagi pagi kami. Terdapat pelbagai bahan dan pasu-pasu yang antik yand dibeli dan didapati oleh beliau dari luar negara menghiasi halamannya. Selain itu, terdapat dusun buah-buahan miliknya di belakang kediamannya ini yang tertanam buah-buahan tempatan dan unik.

Aku pergi ke teratak Pak Habib ini sewaktu aku berada di tingkatan 4 di sekolah yang aku cintai S.M. Sains Johor. Kami menetap selama 3 hari 2 malam di sini dan apa yang kami perolehi adalah satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tinggal di rumah kayu yang dibina ditepi sungai yang mengalirkan air bersih sentiasa menerujakan kami. Selama 3 hari di sini, peluang untuk mengeratkan lagi ikatan kami sekelas bersama beberapa kawan dari kelas lain tidak disiakan. Begitu bermakna kehadiran kami ke teratak ini.




Selain itu, terdetik kesedaran di hati kami betapa Allah Maha Pencipta yang agung. Yang Maha Bijaksana dengan apa yang kami saksikan sendiri kejadian-Nya memang sungguh menakjubkan. Banyak pemandangan indah yang kami rakamkan dan menjadi memori kami. Segala beban dan tekanan belajar kami terus lenyap saat setibanya kami di kediaman Pak Habib. Memori indah ini takkan dapat aku lupakan seumur hidup dan takkan ada tempat yang serupa seperti kediaman Pak Habib ini yang dapat dijumpai di tempat lain.



Aku ada beberapa keping gambar yang aku sempat ambil semasa berada di Janda Baik, tetapi dalam bentuk hardcopy. So, susahlah nak tunjuk kat sini. Nanti kalau ada kesempatan aku akan scan dan letakkan dalam post ni dan tunjukkan kat korang yang tempat ni sangat-sangat cantik..:)