Cita-cita aku kalo xtau sbnrnye nk jd engineer..lbh jelas lg C&S engineer..scope kerja aku adalh di tapak2 binaan dan jalan raya..aku minat sgt nk jd engineer sbb aku rase..aku boleh jd n aku sgt suke tgk bangunan yg cantik2..harapan aku 1 hari nnt nk bina rumah idaman dengan design aku sndiri..best kn?? umah ade taman, kolam ikan, gazebo kayu..kt blakg umah plak ade pokok2 buah n sayur2an..ade ayam n kucing..xla bosan n sunyi umah..:) semoga ape yg aku cita2 kn ni jd kenyataan..>.<
Kali ni aku wat just nk share pndpt aku tntg bandar lestari & rumah dlm taman yang mana kedua2 nya berkaitan. Aku jumpa la kt internet beberapa gmbr yg menarik yg menunjukkan betapa pentingnya perancangan bandar agar kelestarian penduduk dapat dikekalkan walaupun di bandar. Setiap pembinaan dan kemajuan yang dilakukan di sesebuah tempat perlu mengambil kira banyak aspek. Antara aspek yang diketengahkan dalam subjek ini ialah:
- Rekabentuk bandar
- Biodiversiti
- Pengurusan sisa
- Tapak ekologi
- Peluang pekerjaan
- Pengangkutan
- Pendidikan
- Penjagaan kesihatan
- Kawasan hijau
- Perubahan suhu
- Makanan
- Ekonomi
- Kitar semula
- Kualiti udara
Pengurusan sisa pepejal perlulah ditahap yang terbaik disamping penyediaan tong2 kitar semula bagi memudahkan pengguna mengasingkan barangan buangan untuk tujuan kitar semula. Dalam sesebuah bandar yang maju juga perlu disediakan kemudahan yang lengkap yang dapat digunakan untuk semua golongan usia. Dengan adanya sekolah, institusi pentadbiran, pusat membeli belah, hospital, taman rekreasi dan pelbagai lagi dapat memberi peluang pekerjaan di samping meningkatkn peluang menjana ekonomi negara.
Dibawah ini terdapat beberapa gambar perancangan bandar lestari yang aku jumpa kat internet. Semuanya kelihatan indah di mata tetapi untuk menghasilkannya memerlukan kos yang tinggi dan kebanyakan pemaju dan orang persendirian lebih mementingkan kos rendah berbanding hasil yang sempurna tetapi modal yang tinggi..renungkan~
Dengan adanya plan bandar lestari yang sempurna, bumi boleh diselamatkan..bersama-samalah kita mengurangkan penggunakan beg plastik dan amalkanlah kitar semula demi kesejahteraan generasi akan datang..;)


No comments:
Post a Comment